PRU-15 tahun ini juga. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 PRU-15 akan diadakan pada tahun ini juga.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, walaupun mendapat tentangan oleh pihak pembangkang yang menyifatkan akan berlakunya banjir, perkara itu tidak menjadi penghalang pihaknya.
“Kami sudah berjumpa dan selidik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jadi kita adakan PRU sebelum banjir.
“Ini juga berkemungkinan perjumpaan dengan semua ketua bahagian buat kali terakhir sebelum PRU-15 diadakan,” tegasnya ketika sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama semua ketua bahagian UMNO di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.
Baca: Saksi nampak Jho Low di rumah Najib ketika mahu membuka akaun
Lelaki ini dib0g3lkan dan kemalu4n digigit orang ramai hanya sebab ini sahaja
Kanak-kanak malang m4ut didera pengasuh warga asing di Johor