Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Sampai nampak kain kafan…

Sampai nampak kain kafan

Sampai nampak kain kafan…Lebih 20 kubur terjejas akibat runtuhan tembok dan hakisan tanah yang berlaku di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung dalam kejadian Selasa lalu.

Hakisan tanah menyebabkan dua kain kafan terjulur keluar dari kubur yang berada di kawasan tebing.

Sampai nampak kain kafan

Kejadian itu dirakam seorang penduduk dan dimuat naik ke platform media sosial sehingga mengundang simpati warganet di Indonesia.

Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman mengesahkan bahawa 25 kubur di TPU berkenaan terjejas.

Menurut Saeful, benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.

Tambahnya, daripada 25 kubur yang terjejas, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

Sementara itu, Ketua Polis Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar jam 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).

Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.

“Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa.

“Semuanya dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,” katanya. – AstroAwani

Baca: “Itu satu-satunya anak yang ada” Kanak-kanak meninggal jatuh kerusi adalah anak tunggal

Kesian ! Nak tunjuk hebat di ‘ranjang’ pasangan baru berkahwin ini terima nasib malang

Aliff Syukri bakal timang anak ke-6?

Share This Story

Berita Berkaitan