Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Selamba beli roti selepas b*nuh kanak-kanak

Selamba beli roti selepas b*nuh kanak-kanak

Selamba beli roti selepas b*nuh kanak-kanak. Dua individu di Perancis telah ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Lebih mengejutkan apabila mayat mangsa ditemui di dalam beg pakaian yang diletakkan di luar sebuah kafe.

Selamba lepak beli roti selepas b*nuh kanak-kanak. Dua individu di Perancis telah ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan

Mangsa yang dikenali dengan nama Lola Daviet dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya yang terletak di 19th Arrondissement iaitu beberapa meter dari lokasi penemuan mayatnya. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan hasil siasatan awal mendapati, kehilangan Lola terdapat unsur penculikan. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Lola memasuki bangunan apartmen bersama seorang wanita sekitar 3:20 petang iaitu selepas pulang dari sekolah.


Sekitar 2 jam kemudian, ada seorang saksi mendakwa terlihat suspek menyeret beg pakaian keluar dari bangunan tersebut sebelum diletakkan di tepi jalan raya berhampiran.

Wanita itu berjalan di sekitar bangunan bersama beg pakaiannya kira-kira 5 petang, malah sempat meninggalkan beg itu di luar kafe, selain ke seberang jalan untuk membeli croissant, seperti tiada apa-apa berlaku.

Ternyata, beg pakaian itu berisi mayat Lola yang sudah diikat. Lebih mengejutkan apabila suspek wanita yang berusia 24 tahun itu selamba membeli roti croissant selepas membunuh Lola. Hasil pemeriksaan mendapati, mayat Lola mengalami kesan luka pada tekak dan dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas. Bukan itu sahaja, dada mangsa juga telah dicetak nombor ‘1’ dan ‘0’.


Susulan daripada penemuan mayat Lola, suspek wanita telah ditahan bagi kesalahan membunuh, rogol dan menyeksa mangsa. Seorang lagi suspek (lelaki) turut ditahan kerana disyaki terlibat dengan membantu membawa mayat Lola menggunakan keretanya. Difahamkan, suspek utama dilaporkan menganggur, tinggal di jalanan dan mengalami “masalah psikiatri” yang teruk. Menurut sumber, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Baca: Kejam! Lelaki ini penggal kepala ibu sendiri buat sup lada

R*gol dan bunuh gadis bawah umur dikawasan perkuburan, tiga lelaki berdepan hukuman berat

Pelancong malang ! Helikopter terhempas, mayat pula dimakan beruang

Share This Story

Berita Berkaitan