Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Sempat ajar bapa mengucap, Nabil Ahmad redha pemergian ayah

Nabil melahirkan rasa syukur kerana sempat mengajar arwah ayahnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum arwah ayahnya ditidurkan oleh doktor.

“Khamis lalu doktor telefon beritahu ayah tidak stabil. Alhamdulillah saya sempat mengajarnya mengucap” kata beliau.

Masih berada sedih dan terkejut dengan kematian ayahnya, namun Nabil bersyukur kerana ayahnya meninggal pada hari Jumaat, hari yang mulia bagi umat Islam.


Pemergian ayah paling dirasakan oleh ibu Nabil yang kini sedang menjalani rawatan dialisis.

Nabil turut berkongsi kenangan dengan arwah bapanya dan memberitahu bakat jenakanya diwarisinya oleh ayahnya yang suka bergurau dengan anak-anak.

Team Kisah Malaysia ingin merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Nabil kerana kehilangan bapanya.

Share This Story

Berita Berkaitan