Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Seram! Wanita kena rasuk bertenggek atas bumbung rumah

Seram! Wanita kena rasuk bertenggek atas bumbung rumah. Seorang wanita yang dipercayai dirasuk ditemukan di atas atap sebuah rumah penduduk sambil ketawa terbahak-bahak di Kampung Sukaoneng, Kecamatan Tambak, Pulau Bawean, Gresik, semalam.

Memetik laporan Detik.com, wanita yang berpakaian serba putih biru telah mengejutkan penduduk kampung berkenaan.

Difahamkan, wanita itu pada awalnya hilang dari rumahnya pada Sabtu lalu sebelum ditemui oleh penduduk kampung di atas bumbung sebuah rumah.

Kelibat wanita itu berjaya dirakam melalui sebuah telefon bimbit.

Salah seorang penduduk kampung Sukaoneng mendakwa wanita terbabit seringkali dirasuk dan menghilangkan diri.

“Hilang sejak semalam, dia baru ditemukan di atas rumah penduduk hari ini selepas maghrib.

“Suaminya yang selesai menunaikan solat maghrib turut terkejut selepas mendengar khabar berita isterinya yang berada di atas rumah itu,” katanya.

Seram! Wanita kena rasuk bertenggek atas bumbung rumah

Susulan itu, sebahagian penduduk kampung cuba memujuk wanita itu untuk turun sebelum seorang penduduk kampung berjaya naik ke atas atap dan membawanya turun kemudian.

Meskipun berjaya dipujuk turun sekitar jam 1 pagi, namun wanita terbabit disyaki sedar sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.

“Wanita itu dipercayai dirasuk jin dari Sungai Odeng berdekatan lokasi dia ditemui,” kata isteri Ketua Kampung Sukaoneng.

Terdahulu, dia juga didakwa pernah ditemukan di kampung lain di Desa Pekalongan Kecematan Tambak sebelum dibawa pulang oleh ahli keluarga.- Sumber

Baca: Kisah misteri di Putrajaya yang ramai tak tahu

[Video] Kisah misteri di pantai Port Dickson wanita ini kongsi kisah 48 jam disorok bunian

[Video] Lubang Misteri makhluk asing di dasar Lautan Atlantik, saintis minta bantuan netizen buat hipotesis

Share This Story

Berita Berkaitan