Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Speaker benarkan Najib untuk hadir dalam sidang parlimen jika dia mahu

Speaker benarkan Najib untuk hadir dalam sidang parlimen jika dia mahu

Speaker benarkan Najib untuk hadir dalam sidang parlimen jika dia mahu. Najib Razak (BN-Pekan) yang sedang menjalani hukuman penjara masih dibenarkan menghadiri persidangan Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Namun begitu, katanya ini jika dengan kebenaran Jabatan Penjara.

Speaker benarkan Najib untuk hadir dalam sidang parlimen jika dia mahu
Newly appointed speaker of Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun waves after a press confrences during the second meeting of the the 3rd session of the 14the Parliament on TV outside Dewan Rakyat .
AZHAR MAHFOF/The Star (13/7/2020)

Azhar berkata demikian ketika menjawap soalan Hanipa Maidin (PH -Sepang) bertanya sama ada bekas perdana menteri yang telah disabitkan kesalahan itu boleh dibawa ke Dewan Rakyat dalam keadaan bergari untuk “dilihat oleh semua”.

Speaker benarkan Najib untuk hadir dalam sidang parlimen jika dia mahu

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Dia dibenarkan keluar dari penjara adalah untuk menghadiri kes mahkamah jenayah lain yang dihadapinya, dan ketika mendapatkan rawatan perubatan.

Azhar berkata prinsip umum ialah semua ahli Parlimen dibenarkan memasuki Dewan Rakyat, dan dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka.

“Tetapi persoalannya sekarang adakah dia boleh hadir. Itu bukan bidang kuasa saya, kerana dia bukan dalam jagaan saya.

“Dia dalam tahanan Jabatan Penjara, jadi terpulang kepada mereka untuk melepaskannya daripada tahanan mereka,” katanya.

Tambahnya, jika jabatan itu membenarkannya keluar dari penjara untuk menghadiri Parlimen, jabatan itu boleh menetapkan syarat dan peraturan untuk dipatuhi.

Speaker benarkan Najib untuk hadir dalam sidang parlimen jika dia mahu

Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) kemudian menyoal mengapa status Najib sebagai ahli parlimen tidak terbatal susulan sabitan kesalahan.

Azhar menjawab: “Hukum sebagaimana adanya, bukan sebagaimana semestinya, dan tidak pula sebagaimana ia sepatutnya”.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang itu boleh hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun, dan denda lebih RM2,000.

Walau bagaimanapun, jika petisyen untuk pengampunan difailkan dalam tempoh 14 hari dari sabitan dan hukuman, atau selepas pelupusan mana-mana rayuan atau prosiding mahkamah berhubung sabitan dan hukuman, kehilangan kelayakan itu hanya berkuat kuasa apabila petisyen itu dilupuskan, di bawah Perkara 48(4)(c).

Najib telah memfailkan pengampunan diraja dalam tempoh 14 hari selepas sabitannya.

Khalid berkata usul perlu difailkan untuk meminda undang-undang “seperti yang sepatutnya”. Azhar berkata ahli parlimen itu bebas berbuat demikian. – Malaysiakini


Baca: “Samada ada apek Cina ini ada sihir atau Najib sendiri yang bodoh”

“Merpati suka berak atas kepala orang” Ini gelaran yang sesuai untuk Najib?

Najib ‘kantoi’ lagi Mahkamah Tinggi sahkan RM90juta masuk dalam akaun

Share This Story

Berita Berkaitan