Kelmarin Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melalui postingnya di facebook membangkitkan 6 pertanyaan kepada Menteri Besar Kedah berkenaan isu kecurian Nadir Bumi yang sedang heboh diperkatakan sekarang oleh rakyat Kedah.
6 soalan itu adalah:
1. Adakah permit teroka telah ditukar kepada lesen perlombongan? Kalau ada, berapakah hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Kedah.
2. Kalau tiada lesen perlombongan, bagaimana lori boleh bawa REE keluar dari Bukit Enggang?
3. Kalau Kerajaan Kedah tidak dapat sebarang hasil dari aktiviti itu, siapa yang dapat?
4. MB pernah menyatakan bahawa tidak sebatang pokok pun yang akan ditebang jika REE dilombong. Kenapa pokok-pokok di kawasan terkesan di Bukit Enggang ternampak telah ditebang bersih?
5. MB juga pernah mengandaikan bahawa bahan mentah seperti REE perlu diproses dan dinilai tambah di pusat-pusat pemprosesan tempatan sebelum diexport. Katanya ini adalah untuk mengelak dari amalan lama “barat menggunakan sumber asli negara yang dijajah untuk jadi kaya raya.”
Malah, pada Februari 2021 Kerajaan Persekutuan telah melancar kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara untuk menentukan antara lain bagaimana kekayaan mineral negara tidak dieksploitasi oleh pihak luar tanpa manfaat yang setimpal untuk negara. Adakah REE dari kawasan DUN MB itu diproses dan dinilai tambah dulu? Dimana ini dilakukan? Kenapa tidak dibuat di Jeneri atau mana-mana di Kedah? Atau adakah diexport dalam bentuk bahan mentah sahaja? Kemana ianya diexport? Apakah hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Kedah atau Kerajaan Persekutuan?
6. Adakah syarikat yang diberi permit teroka (atau permit perlombongan?) benar-benar berpangkalan di Kuala Lumpur dan bukannya syarikat dari luar negara? Apakah dasar berkenaan penglibatan syarikat asing dalam kerja-kerja pengeluaran hasil bumi strategik milik negara seperti REE untuk dieksport, lebih-lebih lagi dalam bentuk bahan mentah?
Menurut Mukhriz lagi, SPRM juga ingin mengetahui jawapan dari Sanusi berhubung pertanyaan ini.
“Saya yakin pihak SPRM pun sedang menanti jawapan MB itu.”
Tulis beliau lagi, macam mana Menteri Besar Kedah boleh buat2 terkejut dan tak tau mengenai kecurian nadir bumi melalui lori-lori 10tan yg keluar masuk Bukit Enggang di DUN Jeneri, Sik? Siapa ADUN Jeneri? Takkan YAB tak perasan?
Tidakkah MB sendiri yg dengan begitu megah sekali mengumumkan pada Disember 2020 bahawa kelulusan telah diberikan kepada pihak swasta untuk menerokai kawasan-kawasan tertentu di Kedah (termasuk Sik) untuk mencari nadir bumi atau Rare Earth Elements (REE)? MB berkata bahawa nilai REE Kedah ialah RM60 bilion. (MB Kedah sekarang memang sering membuat pengumuman pelaburan bernilai bilion-bilion belaka. Malah trilion pun ada!)
Kalau pernah diluluskan utk teroka, kenapa terkejut kalau pihak PDRM tangkap lori membawa keluar tanah REE dari Bukit Enggang? Tidakkah dipacak papan tanda anak syarikat Kerajaan Kedah iaitu MBI di sebelah gate masuk kawasan tersebut?
Sumber: FB Mukhriz Mahathir
Baca juga: “Azmin Ali kurang ajar dan penipu besar !” – Mukhriz Mahathir
Pemecatan Zaharin adalah amaran buat Ismail Sabri – Mukhriz
Parti flip-flop PAS bukan rakan yang baik buat kami – UMNO Kedah