Sungai-sungai di Kuala Lumpur diparas bahaya. Dua sungai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaporkan melebihi paras bahaya dan amaran ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 8.30 pagi, keadaan semua sungai itu masih terkawal dengan trend menurun.
Sungai Gombak di Jalan Tun Razak merekodkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu sebanyak 31.09 meter (m).
Selain itu, Sungai Klang di Leboh Pasar dan Jambatan Tun Perak masing-masing mencatatkan bacaan 28.25m dan 28.95m melebihi paras waspada namun masih dengan trend menurun.
Kenaikan dua sungai ini menyebabkan terowong Lebuhraya SMART di ibu negara ditutup sepenuhnya kepada pengguna pagi ini.
Terowong bawah tanah itu kini beroperasi dalam Mod 3, iaitu terowong trafik ditutup dan dikosongkan daripada kenderaan, manakala air banjir dialirkan di bahagian bawah terowong.
Terowong SMART memiliki empat mod operasi, dengan Mod 4 akan diaktifkan sekiranya air banjir perlu dialirkan ke laluan trafik.
Terdahulu, portal Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Gombak di Jalan Tun Razak sudah melepasi tahap bahaya dengan bacaan 31m dengan pola meningkat pada 8 pagi tadi.
Paras air Sungai Klang pula sudah melepasi tahap amaran di Jambatan Tun Perak dengan bacaan 29m, manakala paras air sungai itu di Leboh Pasar pada 28m, iaitu melepasi tahap berjaga-jaga.
Baca: Kaki tersepit celah batu punca kanak-kanak malang ini lemas di sungai
“Kedua-dua Mangsa Lemas Ditemui Berpelukan” Dua Pelajar Pondok Lemas Mandi Di Sungai