Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tak mustahil Tun M boleh jadi PM kali ketiga – Khairuddin

PEJUANG dan Gerakan Tanah Air (GTA) akan bertungkus-lumus dan bekerja kuat bagi merealisasikan hasrat melihat Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri kali ketiga.

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata semua orang berhak memberi pandangan dan beliau berpendapat tidak mustahil Dr Mahathir kembali ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri.

“Apa saja kita bercakap mengenai Dr Mahathir, beliau mempunyai kepakaran untuk menyusun strategi di saat terakhir.

“Beliau juga pakar untuk menganjakkan gelombang ke arah meyakinkan pengundi untuk menyokong perjuangan GTA.

“Pembacaan politik Dr Mahathir amat tajam serta tepat pada kelazimannya,” katanya hari ini.

Khairuddin yang juga Pengerusi GTA Wilayah Persekutuan berkata di saat ekonomi negara rosak begitu teruk kini dengan hutang negara mencecah RM1.3 trilion serta nilai matawang menjunam ke paras terendah, realitinya negara berada pada tahap amat kritikal.

Justeri katanya, kerosakan besar dan parah itu memerlukan kepimpinan tokoh negarawan bertaraf dunia untuk menanganinya.

“Dr Mahathir adalah tokoh negarawan yang dihormati oleh dunia luar. Dunia luar akan memberi pelbagai sokongan kepada negara kita sekiranya mereka yakin dengan kepimpinan baru ditunjang tokoh seperti Dr Mahathir.

“Ilmu politik dan mutu kepimpinan Dr Mahathir amat tinggi. Selepas PRU15 tidak ada mana-mana parti-parti politik yang bakal menang secara mutlak.

“Sebarang kemungkinan boleh berlaku tambahan pula GTA yang diasaskan Dr Mahathir disambut baik oleh masyarakat Melayu kini,” katanya.

BERITA BERKAITAN:

Orang kata anak-anak Mahathir kaya sebab ayah ? Ini jawapan Tun M

Akibat tidak mahu dengar nasihat Tun Mahathir parti BERSATU semakin celaru

Anwar yang tidak insaf, seperti kacang lupakan kulit – Pejuang

Share This Story

Berita Berkaitan