Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tok Mat ‘singkir’ Khairy dari kerusi Rembau

Tok Mat 'singkir' Khairy dari kerusi Rembau

Tok Mat ‘singkir’ Khairy dari kerusi Rembau. Isu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Rembau tidak lagi timbul setelah penyandangnya, Khairy Jamaluddin secara terbuka mengumumkan beliau memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding di situ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Difahamkan, beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau membuat pengumuman tersebut secara hati ke hati ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas pengumuman itu, Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, BN akan berusaha mendapatkan kerusi Parlimen yang sesuai untuk Khairy kerana beliau merupakan pemimpin muda yang berkaliber.


“Kita tak mahu bakat beliau itu hilang begitu sahaja.

“Kita cuba cari tempat yang sesuai untuk beliau bertanding pada PRU15,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut.

Sebelum ini, isu itu hangat diperkatakan selepas Mohamad mengumumkan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau yang disandang Khairy selama tiga penggal sejak PRU12.

Timbul spekulasi tentang kerusi-kerusi Parlimen yang mungkin ditandingi Khairy termasuk Port Dickson, Tampin dan Putrajaya.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN bersyukur kerana soal calon kerusi Parlimen Rembau dapat dibincangkan dalam semangat kekeluargaan.

“Kami ni beradat, kami beradat dalam terang,” jelasnya.

Beliau menambah, langkah seterusnya adalah menggerakkan jentera parti di Rembau bagi menghadapi PRU15.

Baca: Bekas Menteri Kesihatan tegur Khairy Jamaluddin

Tiada keistimewaan buat Najib, kekal terima rawatan di Hospital Kerajaan seperti banduan lain – KJ

Jagalah parti sendiri, jangan sibuk nak atur rundingan PAS-UMNO, Tok Mat bidas PAS

Share This Story

Berita Berkaitan