Tubuh dah kena ‘ratah’ baru nak menyesal…Seorang pelajar perempuan menyesal selepas menyerahkan tubuhnya kepada seorang lelaki yang dicintainya yang baru saja dikenali melalui media sosial.
Menurut laporan Harian Metro, pelajar tingkatan dua itu membuat laporan polis dan mengatakan bahawa dia melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya pada Mac lepas di rumah neneknya di Sungai Petani, Kedah.
Terdapat sumber yang mengatakan bahawa pelajar berkenaan baru saja mengenali teman lelakinya itu pada Februari lepas menerusi platform Facebook.
Mangsa tinggal bersama neneknya sejak kecil selepas kedua ibu bapa bercerai dan dia yang bimbang ditinggalkan, termakan pujuk rayu teman lelaki sebelum mereka melakukan hubungan seks.
Kejadian didakwa berlaku di rumah neneknya selepas sebulan berkenalan dan mangsa mendakwa hanya sekali melakukan perbuatan terbabit.
Mangsa kemudiannya berasa bersalah dan menceritakan kejadian itu kepada neneknya sebelum membuat laporan polis.
Mangsa juga mengatakan yang dia terpaksa melakukan perkara itu kerana takut akan kehilangan teman lelakinya itu.
Mangsa akan dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan lelaki terbabit masih dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Baca: Kanak-kanak malang m4ut didera pengasuh warga asing di Johor
Salah siapa ? Isteri enggan ‘bersama’ suami ugut mahu tik4m isteri