Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Pelajar Dibuli Dalam Semak Sebab Tak Jumpa Cikgu Disiplin Sama-sama

[Video] Pelajar Dibuli Dalam Semak Sebab Tak Jumpa Cikgu Disiplin Sama-sama

[Video] Pelajar Dibuli Dalam Semak Sebab Tak Jumpa Cikgu Disiplin Sama-sama. TIGA pelajar lelaki Tingkatan Satu telah direkod keterangan mereka oleh pihak polis bagi membantu siasatan kejadian buli melibatkan seorang pelajar lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Banting, Selangor baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pihaknya menerima satu laporan Jumaat malam daripada seorang suri rumah berusia 40 tahun menyatakan anak lelakinya yang berusia 13 tahun dibuli.

“Semasa kejadian, mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu kesakitan pada pipi akibat dipukul.

“Punca kejadian dipercayai pelajar-pelajar berkenaan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak hadir bertemu guru disiplin berikutan kegiatan mereka ponteng sekolah pada 12 Oktober lepas,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Ridhwan berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.


Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih mengenai kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam.

SUMBER : Majoriti

BACA : Janda sebelah rumah pon jadi, Remaja 19 tahun tak memilih umur

Insiden maut, tiang gol hempap murid

Jasad adik tinggal tulang , selalu merajuk dan hilangkan diri

Share This Story

Berita Berkaitan