Suami Kejam! humban isteri dari bangunan. SEORANG suami berhati binatang tergamak melontar isterinya daripada sebuah bangunan tinggi di Yugorsk, Rusia.
Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial sejak Selasa memaparkan seorang wanita yang hanya mengenakan seluar hitam tercampak keluar dari sebuah bangunan.
Memetik laporan media USA Crime, wanita tersebut dilempar keluar oleh suaminya dari balkoni rumah mereka.
Difahamkan insiden itu berlaku pada 14 Oktober lalu sebelum tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 21 saat.
Namun tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian itu berlaku.
Pihak berkuasa tempatan masih menjalankan siasatan lansung berhubung kes tersebut.
Sehingga kini, wanita itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU). — Agensi
Baca : Aplikasi Whatsapp tergendala satu dunia
[Video] Bayi dan kanak-kanak nyaris maut, main di luar tingkap