Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Viral Sarang tikus di cili kering

Waspada! Cili kering anda mungkin bekas sarang tikus. Sebuah kilang memproses cili kering yang didakwa beroperasi di luar negara telah membuatkan orang ramai ‘loya tekak’ apabila disebalik cili kering yang dijemur, kelihatan sekumpulan tikus berkeliaran sekitarnya.


Video berdurasi 14 saat itu dikongsikan Malaysian Update di TikTok semalam menjadi tular di platform media sosial, sehingga meraih hampir 800,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai.

@malaysianupdatenews Fuhh meriah 😂 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp ♬ Meeoooow – KHBS0

Menurut Aisyah, dia terkejut melihat situasi seperti sarang tikus di sebalik cili kering yang dijemur itu serta mempersoalkan tahap kebersihan kilang tersebut.


“Ya Allah, serupa sarang tikus, sekali selak, punya banyak yang keluar, teruk betul aspek kebersihan untuk proses bahan makanan,” katanya.

Sementara itu, ada juga pengguna yang bertanya sama ada cili kering itu diimport ke Malaysia.

“Adakah cili kering Malaysia diimport dari luar negara? Gelinya bila tahu macam ini cara prosesnya,” komen Yatie.

“Tak ‘pijau’ pula tikus tu? Mak! Tak perlu masak menu ada cili kering dah,” ujar Zainiezs. – KOSMO! ONLINE

Baca : Kereta terbakar, mangsa rentung sepenuhnya

Wanita sarat mengandung m4ut, bayi sempat diselamatkan

Caprice saman Mydin 30 juta

Share This Story

Berita Berkaitan