Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Wanita sarat mengandung m4ut, bayi sempat diselamatkan

Wanita sarat mengandung m4ut, bayi sempat diselamatkan. Seorang wanita sarat mengandung maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 29 Jalan Jeniang Sik-Pedu di Kampung Charuk Padang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Nor Hidayah Abdullah, 27, dari Bandar Baru Beris Jaya di sini maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Sementara adiknya yang membonceng motosikal itu mengalami kecederaan. Bayi dalam kandungan mangsa sempat diselamatkan di Hospital Daerah Sik.


Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan mendapati motosikal ditunggangi Nor Hidayah bergerak dari arah sama dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 61 tahun.


Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal mahu mengelak seekor ular lalu masuk ke laluan kereta sebelum bergesel dengan kereta tersebut dan terjatuh.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang menunggu masa untuk melahirkan bayi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk di bahagian muka.

“Mangsa sempat dibawa ke HDS dengan ambulans untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Baca : 5 Tips Jimat Elektrik [Aircond]

Caprice saman Mydin 30 juta

Amaran ribut petir dan hujan lebat mulai esok

Share This Story

Berita Berkaitan