Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Messi akan sertai Inter Miami?

Messi akan sertai Inter Miami? LIONEL Messi dijangka menyertai Inter Miami menerusi perpindahan secara percuma apabila kontrak Paris Saint-Germainnya berakhir pada musim panas 2023.

Menurut The Athletic, Inter Miami menjangkakan pemain berusia 35 tahun itu akan menyertai kelab tersebut dalam beberapa bulan akan datang walaupun tiada perjanjian dipersetujui, dengan perbincangan akan disambung semula selepas Piala Dunia.


Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu tamat kontrak di ibu negara Perancis pada penghujung musim semasa dan masih belum memuktamadkan syarat baharu bersama PSG.

Bekas kelab Barcelona juga dikaitkan dengan perpindahan untuk membawanya kembali ke Sepanyol.

Bagaimanapun, kini nampaknya Messi bakal berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).


Francais MLS, yang dimiliki bersama bekas kapten England, David Beckham, difahamkan telah mencapai tahap lanjut dalam rundingan dengan Messi.

Berikutan itu, mereka kini menjangkakan dia akan tiba dan menandatangani kontrak untuk kelab itu dalam beberapa bulan akan datang.

Perbincangan antara Messi dan Inter Miami mengenai perpindahan berpotensi telah berlangsung selama beberapa tahun, dengan semua pihak kini semakin yakin bahawa sekarang adalah masa untuk memuktamadkan perjanjian. – Daily Star

Baca : Kes Demam Denggi meningkat 174.7 peratus

Bas terbakar di Lebuh raya PLUS

33 tong cecair kimia dibuang secara haram

Share This Story

Berita Berkaitan