[Video] “Ingatkan reben, rupanya sekadar buat syarat” -Pelanggan. NASI lemak menjadi antara makanan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sesuai dimakan tanpa mengira waktu, ia turut menjadi pilihan pelancong asing.
Kebiasaannya makanan lazat ini lengkap dengan nasi yang dimasak dengan santan, disertakan bersama telur, kacang, ikan bilis, timun dan sambalnya.
@iezam_hashim #nasilemak #daunpisang ♬ Oh No No No – Music Falcon
Nasi lemak daun pisang pula pasti membangkit selera dengan aromanya.
Dalam pasaran hari ini, para peniaga menjual nasi lemak daun pisang dengan kreativiti mereka tersendiri.
Menerusi satu muat naik di TikTok, seorang pemuda berkongsi pengalamannya membeli nasi lemak bungkus daun pisang.
Nasi lemak bungkus berharga RM1.50.
Sebaik dibuka secara perlahan, hidangan tersebut dilengkapi dengan nasi, telur, sambal dan timun seperti kebiasaan.
Namun apa yang mengejutkan adalah daun pisang yang digunakan peniaga begitu halus berbanding bersaiz penuh atau separuh daripada bungkusan.
Jalur halus daun pisang yang digunakan itu tidak ubah seperti saiz seutas reben!
“Mampu tersenyum je,” tulis pemuda berkenaan, Iezam secara ringkas di akaun TikTok miliknya.
Bungkusan nasi lemak yang dibuka.
Menerusi ruangan komen, dia bagaimanapun tidak menyalahkan sesiapa kerana memahami situasi semasa yang menyaksikan kenaikan harga barang.
“Tak salahkan sesiapa. Kita faham situasi sekarang, semua barang mahal.
“Harga mampu milik lagi, RM1.50,” kata Iezam.
Sementara itu, video yang dikongsi Iezam mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu.
Malah, ada yang berpandangan bahawa daun pisang bersaiz kecil itu sekadar ‘cukup syarat’ dalam hidangan nasi lemak.
Antara komen netizen.
Baca : Piala Dunia Qatar taja peminat dengan syarat mudah
Muhyiddin bertanding 169 kerusi, guna 2 bendera
Lima perkara ‘pelik’ berlaku ketika tragedi Halloween Itaewon