Video ini bukti Hadi Awang anggap Anwar bekas banduan yang tidak layak menjadi PM. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoal kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada cukup syarat atau sebaliknya untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Anwar adalah bekas individu yang dihukum mahkamah kerana kesalahannya dan meminta pengampunan.
“Kita tak tahulah yang jadi ketua kerajaan minoriti ini cukup syarat ke tidak tak tahu, bekas dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan-kesalahannya dan diminta pengampunan. Kalau dia tak salah mengapa minta pengampunan? Ini boleh jadi ketua negara?
“Kemudian dalam ucapan-ucapan pula nak tentang rasuah, nak tentang salah guna kuasa, nak tentang itu dan ini. Nak tentang perompak harta negara tetapi sekarang ini cuba bersengkokol dengan mereka yang macam itu dalam kerajaan kerana nak mencukupkan jumlah.
“Ini satu penipuan terhadap rakyat, rakyat mesti balas penipuan ini jangan biarkan. Ini satu kemungkaran yang besar. Kita mesti lawan,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Kampung Mentara, di sini semalam.
Dalam pada itu, Abdul Hadi mendakwa, Pas menolak pelawaan menyertai kerajaan perpaduan disebabkan gabungan itu tidak didominasi pemimpin Islam dan merupakan kerajaan minoriti yang ‘cakap tidak serupa bikin’- UTUSAN
Baca: [Video] ‘Tom Gangster’ pecah masuk sekolah, curi lebih RM9,000