Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] ‘Tom Gangster’ pecah masuk sekolah, curi lebih RM9,000

[Video] ‘Tom Gangster’ pecah masuk sekolah, curi lebih RM9,000. PENCURI seperti sengaja meninggalkan jejak dengan tulisan ‘Tom Gangster Bogor’ di atas lantai, dalam kes kecurian di Sekolah Rendah Cihideung Ilir 04, Kampung Cihideung Ilir, Bogor, Indonesia.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu juga menyaksikan bilik guru dan dua bilik darjah sekolah tersebut dalam keadaan berselerak.


Pengetua Sekolah Rendah Cihideung Ilir 04, Rohaeti memberitahu bahawa dia terkejut apabila melihat pintu hadapan sekolah dipecahkan.

“Pagi tadi petugas kebersihan sekolah berasa pelik kerana pintu sekolah sudah terbuka.


“Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik guru, petugas itu melihat dakwat bertaburan di merata tempat. Bilik penuh dengan dakwat, meja, kerusi, lantai penuh dengan dakwat, loker terbuka dan isi dalamnya bertaburan di merata tempat,” katanya.

Pihak sekolah mengesyaki kejadian itu adalah angkara samseng kerana tulisan ‘Tom Gangster Bogor’ di atas lantai.

Selain itu, menurutnya terdapat juga tulisan lain yang tinggal atas nama ‘Adit’.

Disebabkan kejadian itu, pelajar sekolah tersebut tidak dapat melakukan aktiviti pembelajaran kerana semua pintu kelas tidak dapat dibuka.


Selain bilik guru yang bersepah, Rohaeti berkata, kunci bilik darjah itu didakwa diambil oleh suspek tersebut.

“Saya pasti risau, kerana bilik yang bersih tiba-tiba bertukar jadi begitu. Saya juga melihat seperti ada darah. Semoga kita lebih berhati-hati pada masa hadapan.

“Jadi hari ini guru hanya memberi tugasan di rumah, tetapi esok murid akan kembali seperti biasa,”katanya.

Dalam kejadian itu, sejumlah barangan seperti komputer riba, mesin pencetak, pembesar suara dan kopi dicuri pelaku.


Peralatan elektronik yang dicuri itu merupakan alat sokongan pembelajaran dengan jumlah kerugian sehingga RM9,085.

Sementara itu, polis Ciampea yang menyiasat kes itu mendakwa ia dilakukan oleh sekumpulan samseng.

Ketua Balai Polis Ciampea, IPTU Gunawan berkata, pihaknya menemui beberapa bukti yang boleh dijadikan modal untuk menangkap suspek kecurian itu. — Agensi

Baca : [Video] “Ingatkan reben, rupanya sekadar buat syarat” -Pelanggan

Ustaz Kazim Elias tarik diri bertanding Pilihan Raya Umum 15

Piala Dunia Qatar taja peminat dengan syarat mudah

Share This Story

Berita Berkaitan