Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim daripada tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan Azeez untuk mengubah perintah Mahkamah Sesyen, daripada pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada pembebasan penuh, selepas Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim tidak mengemukakan sebarang bantahan.
Pada prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan notis usul yang dikemukakan peguam bela Amer Hamzah Arshad supaya anak guamnya dibebaskan terus daripada semua pertuduhan berkenaan.
“Tertuduh kini dilepas dan dibebaskan,” katanya.- FMT
Kecoh! Bekas MB dakwa kerajaan PAS Terengganu beri rasuah dan jual tanah pada kroni
Serius ! Ketua SPRM dedah statistik rasuah dikalangan wanita yang amat membimbangkan