Amaran ribut petir di 3 negeri ini – 13 Disember 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga 2 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu, dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Di Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Segamat dan Mersing.
BACA : Amaran hujan lebat tahap bahaya sehingga esok di keluarkan MetMalaysia
“Jatuhkan kerajaan kerja mengarut”
Lagi bukti Ulamak PAS tuduh Anwar ejen Freemason & anti-Raja