Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

“Jatuhkan kerajaan kerja mengarut”

"Jatuhkan kerajaan kerja mengarut"

“Jatuhkan kerajaan kerja mengarut”. Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata negara ini tidak memerlukan sebarang pertukaran kerajaan sehinggalah sampai masa untuk PRU ke-16.

Katanya sebarang cubaan menukar kerajaan sebelum penggal sekarang berakhir “mestilah dihalang” kerana Umno – yang menjadi sebahagian daripada kerajaan – boleh memberikan kerjasama demi rakyat.

"Jatuhkan kerajaan kerja mengarut"

Justeru kata speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu lagi, kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang mentadbir negara sehingga tamat tempoh sepatutnya.

“Isu PN dan BN bergabung jika Bersatu tidak lagi dipimpin oleh Muhyiddin Yassin adalah mengarut.

“Muhyiddin dan Hamzah Zainudin sama sahaja, kedua-duanya suka ‘tikam belakang’,” katanya pagi ini.


Mohd Puad yang juga Adun Rengit berkata demikian sebagai mengulas laporan mendakwa ada cubaan menggantikan kepemimpinan Bersatu dan PN daripada Muhyiddin kepada Hamzah.

Muhyiddin merupakan presiden Bersatu dan pengerusi PN, manakala Hamzah menjadi setiausaha agung bagi kedua-dua organisasi terbabit.

Memetik sumber tidak dinamakan, portal FMT mendakwa, tanpa Muhyiddin menjadi pemimpin PN, peluang untuk mereka bekerjasama dengan BN menjadi lebih cerah.

Mohd Puad berkata tidak timbul isu BN boleh bekerjasama dengan PN untuk mengambil alih Putrajaya daripada Anwar jika tiada lagi Muhyiddin bersama gabungan terbabit.

“Gabungan BN-PN untuk membentuk kerajaan baru sudah tidak lagi relevan. Tidak perlu difikirkan. Ia membuang masa,” katanya.- Malaysiakini

Baca: Muhyiddin bersumpah dengan nama Allah tak ambil duit 600 bilion

Kecoh! Bekas MB dakwa kerajaan PAS Terengganu beri rasuah dan jual tanah pada kroni

PH tidak perlu bekerjasama dengan BN bentuk kerajaan jika terima GTA dalam PRU15

Share This Story

Berita Berkaitan