Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kecoh! Bekas MB dakwa kerajaan PAS Terengganu beri rasuah dan jual tanah pada kroni

Kecoh! Bekas MB dakwa kerajaan PAS Terengganu beri rasuah dan jual tanah pada kroni . UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan ke atas kerajaan negeri pimpinan PAS berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said, berkata parti itu didakwa membuat pembahagian dana i-Belia, dana Ibu Tunggal dan Pencen Rakyat, selain didakwa mengagihkan duit tambahan bagi pengundi yang dipercayai tiada dalam senarai asal penerima dana berkenaan.

Beliau berkata, PAS dikatakan meletakkan syarat kepada penerima untuk menyatakan sokongan dan memberi undi kepada parti terbabit pada PRU15.

“Pembahagian dana ini dipercayai dilakukan di kawasan Parlimen seluruh Terengganu dalam tempoh berkempen iaitu antara 5 November hingga 18 November lalu.


“UMNO Terengganu percaya agihan dana ini dibuat secara berleluasa dan membabitkan jumlah wang yang besar, selain sengaja dibuat ketika tempoh kempen PRU15.

“Kita percaya ia adalah satu pelakuan atau perbuatan rasuah secara terang-terangan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS dengan pengetahuan penuh dan kerjasama calon PAS di setiap Parlimen yang terbabit untuk mendapatkan undi penerima,” katanya.

Bekas Menteri Besar Terengganu berkata, laporan sudah dibuat Ketua Pemuda UMNO negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera di Pejabat SPRM Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, SPRM diminta menyiasat pembahagian dana itu khususnya membabitkan penerima dan sumber dana yang besar.

“Saya sedia dipanggil SPRM pada bila-bila masa untuk membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

“Kita juga akan membuat satu lagi laporan kepada SPRM esok berkaitan penjualan tanah milik kerajaan kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA) yang didakwa dijual pada harga RM550,000 berbanding harga pasaran semasa bernilai RM29 juta,” katanya. – Berita harian

Baca: Shahidan Kassim akui sedang merancang ‘Langkah Sheraton 2.0’

PH tidak perlu bekerjasama dengan BN bentuk kerajaan jika terima GTA dalam PRU15

Lagi bukti Ulamak PAS tuduh Anwar ejen Freemason & anti-Raja

Share This Story

Berita Berkaitan