Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Komplot politik ala Langkah Sheraton mungkin berlaku selepas PRN

Komplot politik ala Langkah Sheraton mungkin berlaku selepas PRN

Komplot politik ala Langkah Sheraton mungkin berlaku selepas PRN. Seorang penganalisis politik menyuarakan keraguannya bahawa mana-mana pihak akan membuat langkah mengejut dalam masa terdekat untuk merampas kuasa daripada kerajaan baharu.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, kedudukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kukuh dan tiada pihak yang mahu mencabarnya sekarang.

Anwar telah mengumpulkan blok gabungan, parti dan wakil rakyat bebas untuk melepasi ambang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Saya tak rasa mana-mana pihak mahu politik menjadi tidak stabil lagi,” kata Chin kepada FMT.


Beliau berkata demikian apabila ditanya pendapatnya sama ada akan berulang lagi Langkah Sheraton, gerak politik pada 2020 yang menyaksikan beberapa Ahli Parlimen Bersatu dan PKR bergabung tenaga dengan Barisan Nasional (BN) dan PAS untuk menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Langkah Sheraton disebut semula di media sosial susulan pertemuan antara beberapa pemimpin Umno dan PAS baru-baru ini.

Chin berkata, beliau percaya isu politik yang mungkin mencetuskan satu lagi Langkah Sheraton akan muncul hanya pada tahun depan, apabila DUN Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dibubarkan, membuka laluan untuk pilihan raya negeri (PRN).

Katanya, keputusan PRN akan “mengesahkan gabungan mana yang paling berkuasa” di negara ini.

Seorang lagi penganalisis, Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, tidak menolak kemungkinan berulangnya Langkah Sheraton walaupun kedudukan Anwar kelihatan terjamin.

Beliau berkata, ia boleh berlaku jika satu blok dalam pakatan pemerintah sanggup untuk melaksanakannya.

“Apabila (Langkah Sheraton) berlaku pada Februari 2020, Dr Mahathir Mohamad tidak meletak jawatan perdana menteri. Beliau hanya meletak jawatan pada hari ketiga selepasnya.

Baca: Video ini bukti Hadi Awang anggap Anwar bekas banduan yang tidak layak menjadi PM

Kren jatuh, warga tempatan antara mangsa runtuhan

[Video] ‘Tom Gangster’ pecah masuk sekolah, curi lebih RM9,000

Share This Story

Berita Berkaitan