PRN perlu dilaksanakan serentak ini alasan SPR. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat Pilihan Raya Negeri(PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, langkah itu bagi memudahkan urusan SPR termasuk penyelarasan petugas dalam memastikan proses pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di enam
negeri itu berjalan lancar.
“Kalau tanya pandangan kita, sebolehnya keenam-enam negeri ini dijalankan serentak untuk memudahkan urusan kita… tu yang terbaik,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai melakukan tinjauan proses penjumlahan undi dan pengumuman pemenang bagi kerusi Parlimen Padang Serai pada Rabu.
Beliau berkata demikan ketika diminta mengulas mengenai cadangan beberapa pemimpin negeri untuk mengadakan pilihan raya negeri secara serentak.
Ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri itu, Abdul Ghani berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa dalam hal itu dan ia terpulang kepada kepimpinan negeri terbabit.
Jelasnya, sama ada ia diadakan serentak ataupun secara berasingan sebanyak RM450 juta yang diperlukan untuk menampung kos keseluruhan pilihan raya negeri terbabit.
– Sinar
Baca: Berang rakan buat laporan penyelewengan wang ke SPRM suspek toreh tangan rakan dengan pisau
SPRM pun nak tahu Sanusi nak jawab apa pasal 6 soalan ini – Presiden Pejuang