Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Kanak-kanak bermain di tepi koridor apartmen hampir hilang nyawa

[Video] Kanak-kanak bermain di tepi koridor apartmen hampir hilang nyawa – SEORANG kanak-kanak lelaki nyaris terjatuh apabila leka bermain di koridor sebuah apartmen baru-baru ini.

Kejadian tersebut dipercayai berjaya dirakam menerusi telefon pintar salah seorang penduduk di apartmen berkenaan.

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak yang dipercayai lelaki itu kelihatan memanjat penghadang koridor sedang bermain dan menyeberangi ke rumah jiran.

Ketika kejadian, seorang wanita yang dipercayai penduduk berhadapan rumah kanak-kanak itu menjerit memanggil dengan teriakan ‘adik’ beberapa kali.


Selepas mendengar teriakan wanita itu, kanak-kanak lelaki tersebut dengan cepat berjalan dan memanjat semula penghadang koridor rumahnya sebelum melompat masuk ke dalam rumah.

Tidak dapat dipastikan kejadian berlaku di mana, namun bendera parti politik Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kejadian berlaku di Malaysia.

BACA : [Video] Penemuan buaya ‘gergasi’ di Pahang mencetus kebimbangan

[Video] Tragedi ‘Fun-Fair’, kanak-kanak jadi mangsa

[Video] Pasangan Suami Isteri musnahkan Masjid angkara marah

Share This Story

Berita Berkaitan