Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Pasangan Suami Isteri musnahkan Masjid angkara marah

[Video] Pasangan Suami Isteri musnahkan Masjid angkara marah – SEBUAH masjid musnah angkara perbuatan pasangan suami isteri yang dikatakan marah dengan pengurusan masjid di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia pada Ahad.

Bukan sahaja karpet dimusnahkan, malah pasangan terbabit turut berani melumur cecair merah dipercayai darah pada timbunan al-Quran.

Kejadian berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 45 saat sebelum tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, keadaan masjid kelihatan porak-peranda dan barangan di masjid turut terjejas akibat perbuatan khianat pasangan terbabit.


Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mempunyai masalah mental dan menghilangkan diri sejurus kejadian.

Pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat kejadian tersebut dan mengesan kedua-dua individu terbabit.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan kejadian tersebut.

“Harap pelaku dapat ditahan secepat mungkin kerana ia sangat melampau sehingga sanggup merosakkan al-Quran,” jelas Marjowo.

“Mungkin pasangan ini tidak siuman atau berdendam dengan pihak masjid namun biar pihak berkuasa menyiasat dahulu,” kata Wanti.


“Bagaimana pasangan itu boleh memasuki masjid tanpa disedari orang lain. Macam sudah dirancang namun kita serahkan kepada polis untuk siasat.” jelas Kamelia.

“Kenapa sanggup merosakkan al-Quran dan masjid, sedih melihat kejadian ini. Semoga tiada bala menimpa kita,” luah Wakmal.

BACA : Pemandu ‘kaki janda’ dirakam terkantoi di jalanraya

Kesian, wanita hanya makan sushi tetapi netizen buat komen ‘double-meaning’

Lelaki tempatan maut ditikam kekasih Vietnam

Share This Story

Berita Berkaitan