Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Bas terbabas di Gopeng, 2 orang cedera

Bas terbabas di Gopeng, 2 orang cedera – Pemandu dan penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 292.7 Lebuhhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.41 pagi dan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi.

Pemandu bas itu dan seorang penumpang wanita didapati cedera namun tidak tersepit.

“Ketika kejadian terdapat tiga individu (termasuk pemandu) dalam bas berkenaan namun, seorang lagi penumpang tidak cedera.

“Bas ekspres itu menghala ke utara terbabas di bahu jalan dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa serta memberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah operasi tamat jam 7.20 pagi.

Baca : [Video] Pelakon ditahan pandu melulu hingga kekasih tercampak keluar
Maut digilis kereta api, teruja untuk pulang hingga tersadung di landasan

Share This Story

Berita Berkaitan