Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Gajah ceroboh kawasan perumahan, netizen minta masalah ini diselesaikan segera

[Video] Gajah ceroboh kawasan perumahan, netizen minta masalah ini diselesaikan segera – KEHILANGAN habitat akibat penerokaan hutan dan kekurangan sumber makanan antara punca pencerobohan gajah di kawasan pertanian serta penempatan manusia.

Walaupun sukar diatasi, masalah itu mampu diselesaikan sekiranya beberapa tindakan seperti memberikan laluan khas kepada kawanan mamalia itu bergerak bebas dalam hutan.

Namun perkara tersebut tidak berlaku apabila tular sebuah video di media sosial seekor gajah bersama anaknya sedang mencerobohi sebuah rumah di Kluang, Johor pada Rabu.

Gelagat dua ekor gajah itu sempat dirakamkan penduduk di perumahan terbabit.

Pencerobohan itu mengakibatkan pagar salah sebuah rumah di kawasan tersebut rosak ekoran dirempuh dua ekor haiwan terbabit.

Namun timbul persoalan orang ramai di media sosial apakah tindakan pihak berwajib tentang kejadian yang berulang ini?

Menurut Burhan Ppsp, selagi kegiatan pembalakan hutan tidak dihentikan masalah ini tidak akan selesai.

“Selagi tak hentikan pembalakan dan pembukaan hutan masalah ini tidak akan selesai,kalau selesai pun pasti gajah itu dimusnahkan,” katanya.

Orang ramai turut, mempersoalkan di manakah sikap tanggungjawab pihak berwajib sehingga membiarkan haiwan terbabit berkeliaran ke kawasan penempatan manusia selepas memusnahkan habitatnya.

“Please stop! Tarah hutan sana sini dan cemar alam sekitar, kasihan dekat haiwan yang terancam dan hilang habitat mereka.

“Mana pergi sikap berperikemanusiaan? Mana pihak bertanggungjawab? Jangan hanya setakat pegang jawatan tapi kerja tak jalan,” ujar Yus Nizar. – Majoriti

Share This Story

Berita Berkaitan